Thursday, October 25, 2012

salam aidiladha...

assalamualaikum dan syukur ke ilahi keran masih memberi kesempatan kerana dpt merasai aidiladha ini, raya aidiladha tahun nie tidak la seindah tahun sebelumnya kerana diri ini jauh dari pangkuan keluarga yang tercinta.. dan aq tau ini la cabaran yang perlu aq tempuhi, dan ini adalah adat org study di perantauan..

pertama sekali saya ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia, semoga setiapa amalan kita di terima oleh ALLAH S.W.T..amin.. erm apabila kita cakap pasal aidiladha rasanya ramai yang dha tau dan x tau kisah di sebalik hari raya aidiladha nie kan...walaupown ramai yg dha tau saya nak share sedikit kisah di sebalik aidiladha nie..ok enjoy ya...

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

ok sahabat-sahabat sekalin kalo ada salah dan silap harap di maafkan..sekali lagi saya nak ucapkan salam aidiladha dan buat keluarga ku yang tercinta terutama my awosome mom saya amat merindui kamu dan menyayayngi kamu...doakan anak mu ini berjaya dunia dan akhirat..>.< salam ukhwah.

Monday, October 8, 2012

♥ pesanan pada hati ♥


belajar untuk kehilangan dia, andai dia bukan jodohmu...
belajar untuk tabah , andai dia pergi dari hidupmu..
belajar untuk menerima hakikat yang dua bukan milikmu...
belajar untuk berhenti mencintai dia, andai cinta dia bukan untukmu...
belajar untuk melupakan dia, andai dia tidak mengingatimu...
belajar untuk menerima cint lain, kerana dia hanya tinggal kenaangan...

*belajarla dekatkan diri kepada ALLAH itu jauh lebih baik! hanya DIA yang mampu buat kita melupakan insan yang pernah menyakiti hati kita *...♥

Sunday, September 9, 2012

return

bismillahirahmanirahim...alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih di beri kesempatan untuk menulis blog ini..rasanya sudah sekian lama x update blog, tetiba jak rasa terpanggil lagi untuk menulis blog nie..erm esok dah nak balik dha g shah alam..ALLAH masih belom cukup lagi rasanya bersama family :-(..terutama bersama my beloved mom, mcm x nak balik tau. but, for my future i must strong to face this felling..huhu.

alhamdulillah,segala puji-pujian hanya untuk ALLAH tuhan seluruh alam..bersyukur sngt dpat kawan2 yg baik memahami,dan memberi sokongan, hanya ALLAH dpt balas jasa2 korang..

sedar x sedar  bulan ramadhan dan syawal dah berlalu kan..masa e2 berlalu sungguh pantas..dan rasanya masih belom terlewat utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua bloggers dan rakan2 yg mengenali diri ini dan salam kemerdekaan juga...harap dengan kemerdekaan ini kita sama2 lah menghayati apa maksud kemerdekaan itu.>.<.

ok rasanya e2 jeh kot..salam sayang dari saya,,jaga iman jaga amal dan itiqomah..assalamualaikum.