Monday, June 20, 2011

jika aQ jatuh hati

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

ya ALLAH,jika aQ jatuh cinta,cintakanlah aQ pada seorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanQ utk mencintaimu

ya Muhaimin,jika aQ jatuh hati,izinkanla aQ menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aQ dalam jurang cinta nafsu

ya Rabbana,jika aQ jatuh hati jaga la hatiku padanya agar tiak berpaling dari hati-Mu

ya Rabbul Izzati,jika aQ rindu,rindukanlah aQ pada seseorang yg merindu syahid di jalan-MU

ya ALLAH,jika aQ menikmati cinta kekasih-Mu,jangan la kenikmatan e2 melibihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirQ

ya ALLAH,jika aQ jatuh hati kpd kekasih-Mu jangan biarkan aQ terlatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu

ya ALLAH,jika kau halalkan aQ merindui kekasih-Mu jangan biarkan aQ melampaui batas sehingga melupakan aQ pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Amin ya rabbal alamin...

Friday, June 10, 2011

Warkah Buatmu



Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu..

Sunday, June 5, 2011

teruja+suka+penat

wah musim cuti sekolah nie kan ramai yg buat majlis perkhawinan ya,bukan main penat satu hari aQ bejalan p tempat org kawin,,nampak kanan ada org kawin nmpk kiri ada org kawin heee..terdetik juga di hati nie"mcm nak sanding lah juak..hehehe"yg exitednya aQ p tmpt kawin kawan aQ yg Q x rapat..tapi dia layan aQ sngt baik dan sweet...hehe rasa happy sngt hari nie walaupown penat tapi berbalaoi..TERBAIKK...k la kaawan2 aQ nie melalut x tentu pasal jak kan..hope u all enjoy... k massalama ilalliko...