Friday, October 7, 2011

just want 2 share..^_^

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..

Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..

Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..

Ada pula yang kate saya kuat emo..

Sikit-sikit nak marah..

Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..



Lepas tu saya cuba buat lawak

kononnya nak tarik perhatian orang lain

saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya

terutamanya pelajar-pelajar perempuan..

Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..

tapi saya tak kesah..

asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..

Memang lumrah manusia..

Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita

Macam itulah yang saya rasa..

Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..

Di dorm sms awek sampai pagi..

ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..



Saya mula berfikir..

"Adakah aku perlu BERCINTA?"

Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..

saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..

Dan masa itulah saya kenal awak..

saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..



Mula-mula awak jual mahal..

Tapi saya tak kisah..nak beli gak..

akhirnya, dipendekkan cerita..

saya pun mulalah BERCINTA..



Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat

Apa orang kata..'ALL OUT'lah..

haha..

Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..

'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..

Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..

Tidak terasa pun kehilangannya..



Mase bercinta memang indah..

Semuanya indah..

Sikit-sikit gurau-gurau

Sikit-sikit gelak-gelak

kalau merajuk men pujuk2..

kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..



Untuk diri ini,terasa amat bahagia..

Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..

Saya pernah terikir..

Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,

kata saya macam-macam..

Asalkan awak memahami saya..



Satu hari saya dengar ceramah..

Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa

dan saya kena brubah..

Hidup saya mesti selari dengan Islam..

Saya kena jadi baik..

Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..

semua orang nak masuk syurga kan?



Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..

Rapatkan diri dengan Al-Quran..

Selalu solat jemaah awal waktu..

Selalu dengar tazkirah..



Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran

Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,

Saya taknak jadi baik seorang diri..

jadi saya ajak awak sekali..

Saya ajak awak baca Al-Quran..

saya kejut awk bangun subuh..(calling)

saya ajak awak saling beri tazkirah..



Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..

Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.

Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..

bercinta kerana Allah..

Kita couple tak macam orang lain..

Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..

ade yang siap wat mksiat lg..

pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik..

Jaga batas-batas syara'..

Tak guna ayat jiwang-jiwang

janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..

cuma sms dan call je..



Dan awk terima perubahan saya itu..

Saya pun banyak nasihat awak..

Awk pun terima..

Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu

Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..

Dan akhirnya saya rasa..

Hubungan kita semakin diredahai..

Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..





Dalam proses perubahan saya,

Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..

Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.

Kalau kita tidak berdakwah..

kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,

surah ke 7,ayat ke 164:



Dan (ingatlah) ketika suatu umat di

antara mereka berkata: "Mengapa kamu

menasihati kaum yang Allah akan

membinasakan mereka atau mengazab mereka

dengan azab yang amat keras?" Mereka

menjawab: "Agar kami mempunyai alasan

(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,

dan supaya mereka bertakwa".



Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik

Tegur mereka apa sahaja yang silap..

Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..

Saya mesti nak tegur.

Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..

Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~



Lepas tu, satu masa..

saya terbaca pasal couple..



"COUPLE HARAM"



Saya tak percaya..

tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..

macam betul pulak..

huhu~~

tapi biasala..

kalau kita suka satu benda tu..

kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..



Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..

dan teruskan saja hubungan kita..

kita tak buat maksiat..

Kita jalan-jalan pegang tangan..

tak jiwang-jiwang..

Cuma saling ambil berat..

Tanya khabar..

Borak-borak..

Siap bagi tzkirah lagi..

Apa yang haramnya dengan benda ni?

Tak kisahlah..



Masa terus berlalu...





Masa ni dah nak dekat Trial SPM..

lagi tiga minggu sebelum trial..

dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..

buat study group

Pada masa yang sama, bagi tazkirah..



Ada yang terima..

ada juga yang buat tak tahu

Kadang-kadang bila tegur..

saya kena marah pula..

macam-macamlah alasannya

ada kata saya tegur tak berhikmah..

ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..

Tapi tak kisah..

saya ada tempat mengadu..

huhu~~





Suatu masa..

ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..

saya terjumpa ayat ini..



Mengapa kamu suruh orang lain

(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu

melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,

padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?

Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)



Saya pun terfikir..



"Selama ini aku asyik tegur orang je.

Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,

Cepat marah, suka buang masa,

ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..

Macam mana ya?"



Lepas tu terjumpa pula ayat ini..



Dan janganlah kamu campur adukkan yang

hak dengan yang batil dan janganlah kamu

sembunyikan yang hak itu, sedang kamu

mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)



Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..



"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau

dengan kami..tegur orang konon.."



Berfikir sejenak..

Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?

Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?

Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah

tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?

Dan terkadang saya rasa serba salah?



Macam-macam yang saya fikir..



Dipendekkan cerita lagi sekali..

saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..

Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..



Dalam perjalanan ke seminar tu..

saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..

sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..

Dalam fikiran saya..

"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."





******





Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,

pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri

Lagipun kami semua penat..

takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..

pihak penganjur pun faham..



Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..

Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.

Tapi saya tragak-agak..

"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak

buat macam mana? Aku kena clash ke?

Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau

tak buat salah, apa nak ditakutkan?"



Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..

Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.



"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit

boleh?"



"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"



"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang

kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."



"Bercinta ke?"



Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..



"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"



"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."



"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."



Saya tak mahu mengalah.



"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik

perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)



"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"



Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"



"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat



elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."



"Zina hati?" Saya menduga.



"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."



Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..



"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."



"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."



Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..



"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."



Saya trdiam lagi.



"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."



Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.



"Jadi apa saya nak buat bang?"



"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."



"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"



"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."



Tiba-tiba saya terfikir..



"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"



Saya cakap..



"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"



Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..



"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."



Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.



"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."



"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."



"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."



Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..



"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."





Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..



"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."



Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].



Lepas tu tertera di skrin..



[SENDING..]



[MESSAGE SENT]



Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..



"Terima kasih bang.."



"Takpe, dah tanggungjawab.."



Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..



Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.





*******





Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.

Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..



Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..



"Seindah gubahan pertama.."



Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..



"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..



Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,



Jangan cari cinta manusia,

ia penuh dengan penipuan,

kekecewaan,

dan tak kekal..



Tapi carilah cinta Allah..

tiada penipuan,

tidakkan pernah mengecewakan

itulah cinta abadi..

Cinta yang diredahai..



-Yang Terakhir- "



[SEND]



[SENDING..]



[MESSAGE SENT]



Saya dah buat keputusan.

Saya pasti apa yang saya buat ni betul.

Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.

Saya takkan berpatah balik..



Takkan..buat selama-lamanya.

Wednesday, September 7, 2011

Posted by Picasa

raya datang lagi...:-)

Bismillahirahmanirahim...segala puji-pujian hanya untuk ALLAH S.W.T...dan alhamdulillah tahun nie dapat juga kita bersama2 menunaikan ibadah puasa bersama2,dan skrg msok dha bulan syawal.harap semua orang dapat merayakan bulan syawal ini dgn gembira dan jgn la raya nie kita tinggalkan semua amalan apa yg kita buat di bulan ramadhan.

nie nak share sikit pasal raya aQ tahun nie..rasa berbeza la dgn tahun lepas bb tahun lepas aQ x dpt nak raya sangat sebab amik exam kedua tersusah di asia..STPM..huu,erm tahun apa lagi balas dendam la...raya sakan..semua rumah di pegi..haaa,raya pertama aQ raya sama family di sini ada beberapa gmbr utk di kongsi...hehe..walaupown gmbr2nya x profesional..tapi kami enjoy..:-)



ini la family aQ...besar kan..huhu..semua ada di sini dari kakak yang first hingga adik ku yg paling bongsu,bersama2 dgn anak2 buah ku yg byk karenah,yg kecik2 2.




nie pic di ambil time kami nak g ziarah kuburan..sempat g beposing ya..hehe



ini la wajah2 ceria kanak2 apabila telah di beri duit raya...posa durank nie full...huhu..rasa sampai sini jak la ya gmbr yg aQ dpt share..bb kalo nak share x abis...huhu..akhir dari saya SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...jgn lupa di bulan syawal nie ada ganjaran besar juga...puasa 6..hehe..insyaALLAH sapa ada kekuatan boleh la berpuasa 6...sekian dari saya ASSALAMUALAIKUM.

Tuesday, July 26, 2011

JOM BACA...

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair Kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, IA mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur Dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui Dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib Ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati Dan IA hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang Ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika Kita Ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut Dan bulu yang Ada di badan, sama Ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, IA wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku Ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula Ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM Dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang Dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, IA perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki Dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani Dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas Dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama Ada air telaga, air paip, sungai laut Dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika IA dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam. ?

Saturday, July 9, 2011

CINTA

assalamualaikum semua...harap semua dalam keadaan sihat,

hari nie nak cerita pasal jadi facilitator program pengurusan cinta..hehehe,wah dgr nama program pown mesti semua excited kan..rasanya x layak jadi facilitatir utk program nie,bb aQ pown sebenarnya nak d kasi duduk program juga..hehehe...

CINTA.semua pasti semua org pernah jatuh cinta dan di cantai kan,begitula la juga dgn hamba yg lemah ini,x dapat nak menolak perasaan cinta ini..pasti semua org pernah dgr puisi cinta ini kan

CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!


tetapi cinta yg teragung adalah cinta kan ilahi dan rasulNYA...begitula aQ gtau aadik2 program pengurusan cinta,harap durang dapat msj yg aQ nak sampaikan..:-)
dan ini merupakan pengalaman yg bermakna buat diri ini..kerana aQ lebih mengenali apa e2 erti CINTA

Friday, July 1, 2011

hanya dia..:

assalamualaikum

ape khabar anda semua minggu ini?sihat kah?
saya????...saya ok-ok aje...
ok la..nak cerita pasal tajuk entry ni...atually nie pasal someone yg sngt special buat saya dan org nie telah byk memberikan saya kenangan manis dan juga pahit...dan kenangan pahit e2 la yg selalu membuat saya tersenyum..:-).saya akan tunggu jawaban darinya...walaupun dgn masa yg panjang..hehe..kerana manisnya e2 hanya dgn kesabaran...


saya tak kisahlah orang nak kata saya jiwang ke ape...yang saya tau itu lahir dari hati saya sendiri...


CERITATENTANG KAMU

Kamu
satu di antara beribu
bintang yang mencuri hatiku
mewarnai hari-hariku

Aku
Masih tertarik dengan kamu
kerana kamu istimewa dihatiku
membuat aku tersenyum selalu

Akan kupastikan kamu
sentiasa dihatiwalau apapun terjadi
jangan kau ragui
keikhlasan hati ini
kerana aku berjanji
bintangmu tetap bersinar dalam hati

kamu
buat aku tersenyum
mengenangkan detik manis dengan kamu
kamu
buat aku ketawa dengan kenakalan dan usikanmu
kamu
buat aku aku rasa bahagia
kerana semua yang menarik ada pada kamu

ku berharap ikatan ini berpanjangan
kamu akan sentiasa di ingatana
ku yakin pada Tuhan
sinar pasti ada dihadapan

percayalah padaku
bahawa aku disini untukmu
susah senangmu akan tetap kutunggu
kerana kamu tetap satu dihatiku

Monday, June 20, 2011

jika aQ jatuh hati

بِسمِ اللَّهِ الرَّŘ­Ů…ٰنِ الرَّŘ­ŮŠŮ…ِ

ya ALLAH,jika aQ jatuh cinta,cintakanlah aQ pada seorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanQ utk mencintaimu

ya Muhaimin,jika aQ jatuh hati,izinkanla aQ menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aQ dalam jurang cinta nafsu

ya Rabbana,jika aQ jatuh hati jaga la hatiku padanya agar tiak berpaling dari hati-Mu

ya Rabbul Izzati,jika aQ rindu,rindukanlah aQ pada seseorang yg merindu syahid di jalan-MU

ya ALLAH,jika aQ menikmati cinta kekasih-Mu,jangan la kenikmatan e2 melibihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirQ

ya ALLAH,jika aQ jatuh hati kpd kekasih-Mu jangan biarkan aQ terlatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu

ya ALLAH,jika kau halalkan aQ merindui kekasih-Mu jangan biarkan aQ melampaui batas sehingga melupakan aQ pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Amin ya rabbal alamin...

Friday, June 10, 2011

Warkah Buatmu



Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu..

Sunday, June 5, 2011

teruja+suka+penat

wah musim cuti sekolah nie kan ramai yg buat majlis perkhawinan ya,bukan main penat satu hari aQ bejalan p tempat org kawin,,nampak kanan ada org kawin nmpk kiri ada org kawin heee..terdetik juga di hati nie"mcm nak sanding lah juak..hehehe"yg exitednya aQ p tmpt kawin kawan aQ yg Q x rapat..tapi dia layan aQ sngt baik dan sweet...hehe rasa happy sngt hari nie walaupown penat tapi berbalaoi..TERBAIKK...k la kaawan2 aQ nie melalut x tentu pasal jak kan..hope u all enjoy... k massalama ilalliko...

Monday, May 30, 2011

kerja ooo kerja...

salam everyone...so hard 2 fine a job right...hehehe speaking lagi aQ ya,baru jak nie belajar2 bahasa inggeris..penat dah kaki aQ nie round satu tawau cari kerja satu pown takda yg panggil..hampe :-(..tapi xpa..kerna semua e2 pasti ada hikmahnya kan...rasanya e2 jak aQ aku nak tulis hari nie la..bb penat dh nie..wat teman2 hope you all sucses and happy always...:-D

Saturday, February 12, 2011

pesan atuk


Pesan atuk
jika kepala mula dipenuhi uban
itu tandanya menghidap penyakit tua
yang tak berubat
maka taubatlah sebelum terlambat
sebelum nafas tersumbat

Pesan atuk
jika matahari sudah tinggi
namun masih dalam selimut bermimpi
itu tandanya sengaja menolak rezeki
maka bangunlah berusaha sebelum
tubuh melemah

Pesan atuk
jika dikurniakan banyak harta
namun tidak pandai menguruskannya
itu tandanya mengundang celaka
maka lebih baik bermohon kepada
Tuhan
agar diri menjadi misikin
tentu akan kaya kebahagiaan.





created:muhd.rizqullah

cuti bersama lembah danum

tugu lembah danum

assalamualaikum w.b.t...wah lamanya dah x update blog nie...buzy betul kebelakangan nie,apa endaknya dgn exam besar STPM...alhamdulilla selamat gak aQ jawab exam 2..skrg nie tengah tunggu result dan bertawakal kepadaNYA...mudah-mudahan dapat result yg baik..AMIN..nie nak cite pasal percutian kami kat lembah danum...BEST giler....walaupun hanya sekejap jak kami kat lembah danum tapi penuh dgn aktiviti yg best...sangat berterimah kasih kepada cikgu sahabudin krn berikan kami percutian yg sngt2 best dan sukar nak di lupakan nie....kat lembah danum gak kami dapat lihat byk kebesaraNYA...subahanallah..e2 ya aQ dapat ungkapkan..di sini aQ nak share cikit pic2 kami kat lembah danum..huhuhu..




nie aktivi pertama kami...aktiviti menjejak burung..huhuhu..byk gakspesis burung yg pelik kami jumpa...ada nama saintifik dia lgi ya...


nie aktiviti kedua kami...time nie kami di bagi sedikit penerangan tentang aktiviti yg kami akan
buat...aktiviti nie namanya jungkle tracking malam...hehehe...tapi malangnya hanya sekejap jak kami buat disebabkan faktor cuaca yg tak mengizinkan....

berjalan-jalan di jambatan gantung....x takut ke jatuh..


nie aktiviti kami yg ketiga...masuk ke dalam hutan...time nie kami di beri penerangan olehranger pasal pokok2..haiwan2..dan juga tumbuh-tumbuhan...gmbr ranger x jelas diamik...uhuhu...bb dia buzy bg penerangan...

dan ini pulak aktiviti panjat konopi...hehehe..tinggi konopi yg ada kat sana...sapa2 yg gayat sedar2 la ya..terutama yg tulis blog nie..hahaha..walaupon gayat akhirnya aQ berjaya gak panjat pokok 2 tapi samapai kat konopi yg pertama jak...konopi kedua 2 x smpi bb tinggi sangat..hehehe..serender aQ....

dan last aktiviti kami..kami wat persembahan....gmbr x sempat nak di kasi masuk bb ada masalah teknikal...huhuhu...sekali lagi aQ nak bersyukur sngt kpdNYA kerana memberi kita byk nikmat dan keindahan alam semula jadi...dan aQ nak berterimah kasih sekali ligi kpd warga SMK BALUNG yg berjaya menjalankan program percutian ini....

rasanya e2 jak yg aQ nak tulis..harap korang semua enjoy membacanya...kalo ada kekurangan tulung kumin2 ya..

created~muhd.rizqullah..

Wednesday, January 5, 2011

doa


Ya Allah..bila saja aku jatuh cinta, jangan sampai mengurangi cinta itu kepadaMu.

Bila mana aku jatuh cinta, temukanlah aku dengan dia yang menyintaiMu.

Ya Muhaimin..Ya Allah..bila mana aku jatuh hati, bersihkanlah hatiku jangan sampai berlumuran dosa.

Ya Allah Ya Jabbar, bila aku mengagungkan cinta, jangan sampai mengurangi keagunganMu dimataku.

Bila aku mendambakan kasih, jangan sampai mengurangi kasih hamba kepadaMu.

Bila aku memberikan cinta, satukanlah hatiku dan dia( Al-Quran ) untuk kasih menyertaiMu

Hamba hulurkan tangan ini untuk mendapatkan kasihMu, hamba basahkan bibir ini, agar selalu menyebut namaMu, hamba sujud, hamba rapatkan dahi di bumi untuk mencari cintaMu.

Tuhanku..Anugerahilah aku kalam sucimu Al-Quran…..Amin..

AKAL TIDAK PUAS

WAHAI saudara ketahuilah bahawa akal itu tidak cukup bia mencapai apa yang di cari semua,sehingga ia mendapat pertolongan dan bantuan taufik dari ALLAH SWT. Seorang yang berakal itu kadangkala bebuat salah dan benar.Akal itu mencapai segala sesuatu dan membezakannya tetapi pandangan itu adalah tajuk puncak akal.Fikiran adalah wadah penyimpan pandangan dan sebagai cermn,dengannya bagi seseorang jadi jelas kebaikan dan kebukurukan sesuatu.

Maka akal itu kadangkala pada satu kaum jadi buruk sehingga buruk pandangannya.Dengan pandangan itu berbeza tingkatan para lelaki dan jadi unggul martabatbya.Daya tanggap dan pemahaman itu bnyak menguasai manusia,tetapi kesempurnaan pendapat pada mereka sedikit.Dengan pendapat itu menjadi jelas pada seseorang niai-nilai sesuatu.

Alangkah indah perkataan seorang:

"Bukan orang yang berakal itu orang yang mengetahui kebaikan dan kejahatan .Ini mengetahui anak-anak dan kaum wanita.Akan tetapi seorang berakal itu adalah yang mengetahui orang jahat dan berbuat kepada salah satu dari keduanya apabila dikembalikan kepadanya.kenalilah,kamu akan mendapatkan ilmu yang mulia."


Akal itu adalah anugerah dari Allah swt kepada hambaNYA.Oleh kerana Allah memberikan segala sesuatu kepada seseorang menurut kemampuannya.Seseorang kadangkala berakal dan membezakan,banyak kebaikannya dan sedikit kesalahannya,hingga mencapai batas pandangan yang luarbiasa.Ketika memandang kelemahan dan kekurangan dirinya,hal itu banyak terjadi:

Jika anda melihat seseorang adl dalam perbuatan ,keadaan dan perkataannya selaras dengan perkara yang benar,maka telah stabil keadannya.Ia lebih mendahului agama atas dunianya,ia adlah martabat yang tinggi,ini adalah tujuan kita.

Kalau tidak,ia memelihara perkara agamanya dengan memeliara perkara dunianya.Ia di bawah keadaan martabat yang pertama.Sedn semuanya baik,maka tetapkanlah bagi seorang yang demikian keadaanya dengan kesihatan pandangannya.

"Pada hari orang yang zalim itu mengigit kedua tangannya sambil berkata"Amboi!Andai aku mengambil jalan bersama Rasul itu"

(Al-Furqan:27)